seismik

[VIDEO] Tebar Roti Canai 50 Keping Sehari, Si Cilik Usia 7 Tahun Ini Buat Ramai Kagum

Si cilik ini memang minat tebar roti canai.

Cover image via @Ruslin Meli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Roti canai sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila ingin sarapan setiap pagi

Bukan setakat sarapan, kalau makan petang pun kebiasaanya roti canai sudah menjadi pilihan orang ramai. Oleh sebab itu, banyak gerai menjual roti canai tidak kira pagi atau petang.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan menebar roti canai telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minat tebar roti canai sebab selalu tengok ayah buat

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang menebar roti canai di gerai ayahnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia pandai dan mahir membuat roti canai seperti sudah lama membuatnya.

Menurut sumber, dia belajar menebar roti canai dengan ibu dan ayahnya tiga bulan yang lalu. Kini dia sudah mampu menebar 50 hingga 60 keping roti canai dalam masa sehari.

"Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami. Saya kemudian beritahu mak dan ayah bahawa saya sudah pandai tebar roti canai dan mahu membantu mereka”, katanya. 

Si cilik yang dikenali Yusra itu bercita-cita untuk membuka restoran sendiri bersama bapanya satu hari nanti

Banyak juga cabaran yang dihadapi semasa Yusra belajar menebar roti canai namun dia tidak pernah putus asa.

“Mula-mula belajar banyak juga yang rosak, namun Yusra tidak jemu apabila dia banyak belajar dengan ibunya yang juga pandai menebar roti canai."

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 1K tontonan, 180 tanda suka dan 11 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberi semangat kepada si cilik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik di TikTok: 

Terbaiklah, kecil-kecil dan ada bakat menebar roti canai. Semoga dipermudahkan urusan buat adik Yusra dan keluarga : )

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: