seismik

[VIDEO] Ibu Pesan Tutup Makanan Nak Elak Toyol Datang, Rupa-Rupanya Lain Pula Yang Muncul

Eh macam pelik je.

Cover image via @shahirahharun24 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bahang kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi dirasai

Walaupun rutin harian kini kembali seperti biasa dengan ramai yang sudah pulang ke tempat kerja masing-masing namun feeling raya itu masih ada. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi tetamu yang datang ke rumahnya untuk beraya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@shahirahharun24 Mak pesan.. letak makanan kena tutup kalau x .. korang tgk la sendiri .. ada 4 kepala bulat dtg #fyp #melaka #raya2023 Funny Song - Cavendish Music

Mak pesan tutup makanan tapi tiba-tiba 4 lelaki berkepala botak datang beraya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahirahharun24 di TikTok, kelihatan seorang individu berkongsi gambar juadah menu makanan yang dihidangkan di atas meja untuk tetamu datang beraya. 

Dalam video itu, dia telah mengatakan bahawa ibunya telah berpesan supaya menutup makanan ketika meletakkannya di atas meja kerana untuk mengelakkan daripada dimakan oleh toyol. 

Namun menariknya adalah terdapat penampakan empat lelaki berkepala botak yang sedang menjamah makanan tersebut. Mereka dilihat sangat menikmatinya menyebabkan keadaan di meja makan itu menjadi amat senyap dan serius. 

"Apa serious sangat makan tu tak borak langsung haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 218.2K views, 29.2K likes dan 549 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan penampilan 'toyol' yang dikatakan itu dan ada juga yang terhibur dengan gelagat mereka berempat.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

^ Admin pun curious siapalah toyol tu kan! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: