seismik

[VIDEO] Tak Tahu Apa Motif, Lelaki Bertindak Gunting Jalur Gemilang Ini Dikecam Ramai

Cari dia!

Cover image via @iekakartika__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti kita semua tahu, Malaysia akan menyambut ulangtahun hari Kebangsaan yang ke-65 tahun

Sudah tentu kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai perasaan cinta dan sayang akan negara. Kita perlu bersyukur kerana Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai.

Jika dilihat ketika ini, sudah banyak Jalur Gemilang yang telahh digantung bagi menyambutnya pada 31 Ogos ini.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video lelaki tiba-tiba menggunting semua Jalur Gemilang yang dikibarkan di tepi jalan telah mengundang kecaman ramai.

Lihat video itu di bawah:

@iekakartika__

Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan

original sound - AfiqNeyo

Tak tahu apa motif gunting Jalur Gemilang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kejadian yang berlaku di depan matanya semasa dia berada di dalam kereta.

Dia berkongsi situasi apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menggunting Jalur Gemilang yang dikibarkan di situ.

Malah, lelaki itu bertindak untuk menggunting kesemua Jalur Gemilang terbabit dan tidak tahu apakah motifnya itu.

Polis kesan lelaki gunting Jalur Gemilang

Menurut sumber, polis telah mengesan lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, selepas perbuatannya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan," katanya.

"PDRM sila cari orang ini, bendera Malaysia tu, sakit hati geramnya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka terhadap lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 53K likes dan 4,455 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang rasa geram tengok perbuatan dia. Harap polis dapat tangkap cepat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: