seismik

[VIDEO] Tak Sengaja Rakam, Aksi Lelaki Salah Naik Escalator Ini Undang Dekah Ramai

Nak gelak tapi kesian pula.

Cover image via @chiyaahh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tujuan merakam video kebiasaannya adalah untuk dijadikan satu memori yang boleh dikenang

Kadangkala, dalam video yang dirakam itu berlaku pula kejadian-kejadian yang tidak disangka dan ia menambahkan lagi memori buat kita semua.

Begitu juga dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan seorang lelaki tersalah naik escalator di lapangan terbang telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@chiyaahh

Nda sedar terakam tengok balik aduh sakit perut ketawa. Sorry. Mungkin dia panik ada barang tertinggal di atas

Che La Luna - Louis Prima

Rushing punya pasal, dia belasah je naik escalator yang salah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @chiyaahh di TikTok, kelihatan pemilik video sedang merakam video menggunakan telefon pintarnya.

Apa yang menghiburkan hati ramai adalah apabila dia sempat merakam gelagat seorang lelaki yang salah naik escalator di lapangan terbang itu.

Aksi lelaki tersebut yang sempat berfikir sejenak sebelum meneruskan hajatnya menaiki escalator yang berlawanan arah itu membuatkan netizen dekah.

“Dah la salah, siap boleh nak agak pula tu step masuk escalator” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 115.9K tanda suka dan 1,136 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:



Nak gelak tapi admin pun hampir pernah tersalah naik escalator juga :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: