seismik

[VIDEO] Tak Sengaja Panggil Pelajar Dengan Nama Bapa, Pensyarah Ini Gelabah Minta Maaf

Comel je terus minta maaf.

Cover image via @biskutchipp (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang pensyarah, tersalah menyebut nama pelajar sudah menjadi kebiasaan

Dengan adanya beratus-ratus pelajar, mana mampu seorang pensyarah nak menghafal kesemua nama mereka. Tambahan pula, jika pelajar tersebut tidak aktif di dalam kelas, memang tidak ingat langsunglah jawabnya. 

Namun, lain pula jadinya apabila tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang pensyarah tersalah memanggil pelajar dengan nama bapanya telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Patutlah panggil berkali-kali tak menyahut, rupa-rupanya itu nama bapa pelajar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @biskutchipp, kelihatan seorang pensyarah sedang memanggil pelajar bernama Izani di sebuah kelas dalam talian.

Walaupun sudah berkali-kali dia memanggil namun tiada yang menyahut. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila tiba-tiba salah seorang pelajar di situ membuka microphone dan berkata "Izani tu bapak dia puan".

Pensyarah itu kedengaran sangat gelabah dan terus meminta maaf kerana tidak sengaja menyebut nama bapa pelajar tersebut. 

"Terus dia minta maaf takut viral macam pensyarah UiTM tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi lucu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 488.9K views, 62.2K likes dan 689 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik ada pelajar tolong bagitahu. Kalau tiba-tiba Izani sebenar yang muncul macam mana ya? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: