seismik

[VIDEO] Tak Sabar Menunggu Giliran Untuk Terima Vaksin, Lelaki Ini Cucuk Diri Sendiri

Berdekah!

Cover image via @a_ariff (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Dalam fasa pandemik ini, sudah tentunya semua diwajibkan untuk mengambil vaksin untuk mengekang penularan wabak Covid-19

Semua negara kini sedang giat memberi suntikan vaksin percuma kepada rakyat masing-masing untuk mencapai herd immunity. Namun begitu, tidak dinafikan ramai yang terpaksa menunggu giliran yang lama akibat kesuntukan dos vaksin. 

Baru-baru ini tular video di Twitter yang memaparkan seorang lelaki tidak sabar menerima vaksin sehingga dia suntik diri sendiri mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Ambil jarum suntikan daripada nurse lalu cucuk diri sendiri

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menunggu giliran untuk mengambil vaksin di sebuah hospital.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki itu bertindak untuk mengambil jarum suntikan dan cucuk di lengannya sendiri daripada jururawat.

"Ni baru betul kena dengan badan, bukannya badan tegap tapi bila nak vaksin, menjerit serupo ponde" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjuan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu. Malah, ramai yang menyakat lelaki itu kerana bertindak sedemikian. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 239K views, 11K retweets, 8K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Dia punya tak sabar nak cucuk tu, aduhai kelakar lah! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: