seismik

[VIDEO] Tak Padan Dengan Kecil, Aksi Baby Ini Cuba Tiru Ayah Beatbox Buat Ramai Terhibur

Too cute to handle!

Cover image via @fitriahvivi238 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjaga bayi sememangnya sangat menyeronokkan walaupun waktu tidur ibu dan ayah terganggu

Iyalah, setiap hari ada saja telatah si kecil yang mencuit hati kita. Kadangkala, kita tidak perasan mereka sudah membesar dalam sekelip mata saja.

Seperti video ini yang tular di TikTok memaparkan gelagat bayi yang pandai meniru ayahnya membuat beatbox telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah saja buat beatbox, tak sangka sekali anak pandai ikut

Menerusi perkongsian video daripada @fitriahvivi238, kelihatan lelaki itu sedang baring di sebelah anaknya sambil merakam gelagat si kecil itu.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia sengaja menunjukkan bakatnya membuat beatbox di depan anaknya itu, dia dengan spontan meniru aksi si ayah.

Lebih menghiburkan lagi, dia berulang kali memuncungkan mulutnya dan gigih ingin membuat beatbox, namun bunyinya kedengaran lucu.

"Bakatnya sudah nampak dari bayi" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.4M tontonan, 660.5K tanda suka serta 14.5K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur dan berasa geram melihat telatah bayi itu yang sangat comel dan cerdik.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Pandai dia ikut apa ayah dia buat. Nice try baby! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: