seismik

[VIDEO] Tak Kisah Beza Umur 32 Tahun, Wanita Kongsi Rasa Bahagia Walaupun Suami Berusia

Dah jodoh kan.

Cover image via @nashrah227 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang telah ditentukan jodoh masing-masing oleh Allah SWT

Jodoh ini juga datang dalam bentuk yang kita sendiri tidak sangka. Ada yang kahwin dengan kawan baik sendiri, ada juga yang kahwin setelah lama menunggu.

Sudah tentu semua orang mahukan percintaan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin betul tak? Namun, siapalah kita nak menentukan takdir.

Lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi kisah cinta dia dan suaminya ternyata mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Syukur suami seorang yang penyayang dan menghargai

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kisah cintanya bersama suaminya. Difahamkan, jarak umur mereka adalah berbeza sebanyak 32 tahun.

Namun begitu, dia tidak kisah apa kata mulut orang kerana ternyata dia merasa bahagia walaupun suaminya itu seorang yang berumur.

“Beza umur 32 tahun. Tapi umur bukan penghalang untuk bahagia. Lelaki berumur lebih menghargai, sabar, tenang dan senang berbincang,” tulisnya.

Lihat video lain itu di bawah:

"Lelaki berumur ni diaorang sweet. Moga berbahagia sis" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat pasangan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 422.7K views, 9,269 likes dan 321 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga kekal bahagia buat mereka :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: