seismik

[VIDEO] Suami Saja Rakam Isteri Tengah Masak, Tapi Lain Pula Yang Jadi Tumpuan Netizen

Hmm akak ni macam perlukan pertolongan je.

Cover image via @asrolhashim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam rumah tangga, kunci kebahagiaan adalah apabila mendapat pasangan yang sporting dan sabar melayan kerenah kita

Kadangkala walaupun kita mungkin pemalu depan kamera, tetapi apabila suami atau isteri meminta untuk melayan hobi mereka yang suka mengambil gambar dan video, kita perlulah layankan saja.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video tular ini apabila gelagat seorang lelaki merakam isterinya sedang memasak di dapur telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@asrolhashim

Menu makan malam## 11januari 2022

original sound - Asrol Hashim

Rakam isteri masak sambal udang petai, tapi reaksi mukanya pula main peranan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @asrolhashim, kelihatan dia sedang merakam isterinya yang sedang memasak sambal udang petai di dapur.

Tetapi, ramai yang terhibur apabila melihat reaksi si isteri yang menjawab soalan suaminya itu. Riak wajahnya seolah-olah terpaksa berlakon untuk melayan suaminya yang mungkin sudah beberapa kali mengambil rakaman tersebut.

Bukan itu saja, api gas dapurnya juga dilihat tidak dipasang membuatkan ramai terhibur melihat gelagat isterinya yang masih mengacau sambal udang itu.

"Bila kau kena paksa buat content dengan pasangan kau, redha jelah. Sis boleh geng dengan suami Ain Edruce, hahaha sempat lagi kalau nak rehearsal ni bang" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 644.1K views, 35.2K likes dan 1.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat riak muka isteri lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak tahu kenapa tapi nak tergelak tengok muka akak tu, agaknya dah berapa kali take lah tu kan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: