seismik

[VIDEO] Stres Hadap Jem, Gelagat Pak Cik Ini Siap Berkaraoke Dalam Kereta Curi Perhatian

Terhibur tengok.

Cover image via @ceo_of_supplier (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di sini yang akan stres bila menghadap jem di jalan raya bukan?

Tambahan lagi, selepas pulang bekerja. Penat kerja seharian dah nak kena hadap trafik sesak pula kan.

Disebabkan itu, ramai yang melakukan pelbagai aktiviti bagi menghilangkan bosan mereka semasa sedang menghadapi kesesakan trafik.

Sama seperti pak cik ini apabila videonya yang memaparkan dia sedang berkaraoke di dalam kesesakan lalu lintas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ceo_of_supplier

Hidup hanya sementara..Jangan stres-stress.. Tgk pakcik ni ..steady

original sound - Ceo Of Supplier

Siap pasang karaoke masa tengah hadap jem

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menghadapi kesesakan trafik di salah sebuah jalan raya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia kemudian ternampak pemandu di sebelahnya yang sedang menyanyi.

Malah, pemandu itu siap menggunakan mikrofon untuk menyanyi ketika menghadapi kesesakan trafik itu. Situasi berkenaan membuatkan si perakam terhibur melihatnya.

"Bagus kalau hilang kan stress, janji kena fokus dijalan raya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pak cik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 103.3K views, 4,321 likes dan 155 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aktiviti wajib dikala sedang hadap jammed :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: