seismik

[VIDEO] "Siap Menguap" - Lelaki Ini Sangat Tenang Hantar Parcel Depan Rumah Penuh Anjing

Kalau aku memang dah lari!

Cover image via @hyeitsme4 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Disebabkan ramai yang mula gemar shopping online, tidak dinafikan banyak bungkusan yang perlu dihantar oleh penghantar parcel setiap hari

Kita pun dah jadi teruja dan gembira bila menerima parcel di rumah. Sehingga ada sesetengah orang yang ketagih membeli barangan online, mereka beranggapan ia sangat memudahkan dan menjimatkan masa. 

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki selamba hantar parcel depan anjing telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba tunggu depan rumah yang banyak anjing, siap menguap lagi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hyeitsme4 di laman TikToknya, kelihatan seorang lelaki sedang menghantar parcel di sebuah rumah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia kelihatan berdiri di depan rumah dengan tenang walaupun di depannya ada dua ekor anjing.

Lebih melucukan lagi, dia dilihat siap menguap lagi. Dengan berani dan penuh rileksnya, lelaki itu meletakkan bungkusan tersebut di atas pintu pagar.


"Dalam hati anjing be like, weh dia tak nampak kita ke do" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan lelaki itu. Malah, ramai yang berkongsi perasaan mereka apabila mereka berada di situasi tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 187K tontonan, 29K tanda suka dan 400 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Relax semacam ya dia, patutlah dengan awek kan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: