seismik

[VIDEO] Siap Ada Wiper, Budak Cipta Basikal Ada 'Cermin' Ini Curi Perhatian Ramai

Hebat dik basikalnya.

Cover image via @_harrisanor (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kita boleh lihat hari ini golongan muda yang gemar melakukan aktiviti berbasikal

Ia sebenarnya adalah bagus kerana dikira seperti senaman juga. Malah, ada sesetengah orang yang menjadikan basikal sebagai pengangkutan utama mereka.

Tetapi, iyalah basikal ini tidak berbumbung dan kita perlu berdepan dengan risiko jika hujan.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh seorang budak Cina ini apabila dia menambah 'cermin' dan 'wiper' pada hadapan basikalnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Reka cermin dan wiper untuk mudah melihat masa hujan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu ketika itu sedang menaiki motosikal di sebuah kawasan.

Dia kemudian terlihat seorang budak berbasikal di jalan tersebut. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah rekaan basikalnya yang begitu 'unik' kerana terdapat cermin dan wiper padanya.

Malah, budak itu siap menunjuk demo bagaimana mahu gerakan wiper pada basikalnya itu.

"Dulu kecil-kecil letak kepala RXZ je, sekarang siap camni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 77.6K views, 5,118 likes dan 216 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lain daripada yang lain betul basikal dia tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: