seismik

[VIDEO] Seronok Buat TikTok Malam-Malam, Sekali Ada Penampakan Dekat Tangga Belakang

Seram!

Cover image via @spookiezen (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Umum mengetahui, aplikasi TikTok merupakan satu medium untuk orang ramai menyerlahkan bakat yang sedia ada

Ada yang suka mengikut trend TikTok yang ada seperti menari, menyanyi, menyunting video menarik dan banyak lagi. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita syok berjoget tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Mula-mula syok berjoget, tapi lain pula jadinya lepas nampak kelibat hitam

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merakam dirinya membuat TikTok di sebelah tangga. 

Namun, apa yang lebih menyeramkan adalah apabila dia dilihat seronok menari pada awalnya tetapi dia tidak menghabiskan tariannya kerana ternampak rambut pontianak di sebelah tangganya itu. 

Dengan perasaan yang berdebar dan takut, dia terus berlari meninggalkan tempat kejadian. Dia dengan kawan-kawannya juga dilihat beredar daripada penginapan mereka itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Sikit lagi jantung nak terkeluar, sampai sini ya effect dia" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 27M tontonan, 2.7M tanda suka dan 60K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Naik bulu roma tengok, seram gila!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: