seismik

[VIDEO] Sempat Mengaji Masa Tunggu Bas, Budak Sekolah Ini Raih Pujian Warganet

Sejuk perut ibu awak dik.

Cover image via @abxyen_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman belajar merupakan zaman yang kita akan paling rindui, terutamanya dengan rakan-rakan kita

Pelbagai kenangan pahit dan manis pernah dirasakan? Ada kenangan yang masih segar dalam ingatan kita sehingga sekarang.

Namun, berbeza pula dengan video ini apabila seorang pelajar perempuan sedang mengaji di sebuah perhentian bas telah meraih pujian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@abxyen_

Ingatkan baca apa tadi rupanyaa

Di Luar Kemampuanku - Ukays

Mengaji sementara tunggu orang datang ambil

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak sekolah perempuan sedang berada di sebuah perhentian bas.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah budak itu dilihat sedang mengaji di hentian bas tersebut. Ia membuatkan si perakam turut kagum melihatnya.

"Terbaik, abang pun tak sehebat kamu adik" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata pujian buat budak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 86.6K views, 13.3K likes dan 162 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bagus adik ni, sempat lagi baca walau tengah duduk dekat tempat bas :)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: