seismik

[VIDEO] "Sedap Sangat Sirap Ni" - Si Oyen Selamba Celup Tangan Kebas Air Tetamu Tuannya

Khusyuk betul dia minum, kelakarlah kau Oyen!

Cover image via @mintgemuk (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebut je pasal Oyen, sudah pasti kita semua tahu gelagatnya yang nakal dan mencuit hati

Kucing berwarna oren atau sering kita gelar sebagai Oyen ini lebih aktif dan banyak akal berbanding kucing lain.

Mungkin kerana sifat aslinya sebegitu membuatkan ramai terhibur. Jadi, tidak hairanlah banyak video viral tentang gelagat Oyen kita dapat lihat di media sosial sehingga ada yang menubuhkan akaun fan club group Oyen di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila si Oyen mencelup tangannya ke dalam air sirap mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba celup tangan dalam sirap kawan tuan, rupa-rupanya tak takut air berwarna merah

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @mintgemuk, kelihatan kucing Oyen bernama Mint itu mencelup tangannya beberapa kali ke dalam cawan yang berisi air sirap.

Apa yang menghiburkan adalah ia dilihat sangat dahaga sehingga tidak berhenti mencelup air sirap milik tetamu tuannya. Walaupun si tuan sudah menegur kelakuannya itu, Mint tidak menghiraukan malah terus menyambung mencelup air sirap tersebut.

"Orang punya air kau kebas Mint, dahaga ke Mint? Nanti minum air kosong balik eh. Ya Allah Mint, tak habis lagi, sampai tumpah ni. Okay dah eh?" bebel tuannya.

"Ni bukti kucing memang tak takut air warna merah. Haha Mint kebas air tetamu dengan penuh sopan, nasib baik comel" - Warganet

Video berkenaan ternyata tular sehingga meraih 283.1K views, 28.6K likes dan 2.4K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat si Oyen itu yang nakal tetapi comel.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel betul perangai si Oyen ni, tetamu pun tak jadi nak marah :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: