seismik

[VIDEO] "Salah Ejaan" - Request Kek Untuk Anniversary, Sekali Dapat Kejutan Lain Pula

Takpelah, janji surprise juga.

Cover image via @iijjatulss (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Membuat request kejutan di kedai makan sempena hari lahir atau anniversary sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita

Walaupun perkara ini nampak simple tetapi ia mampu membuatkan insan tersayang rasa lebih istimewa.

Namun, lain pula yang terjadi dalam satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan request kejutan sempena anniversary tidak menjadi telah mendapat perhatian umum.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ijjatulss

Asalnya order kek dan suruh tulis happy anniversary . Sampai nya lain Amtasary pon boleh laa. Yakin sangat dia sampai nyanyi happy birthday to ukunafah iloveyou3000

original sound - cintaHati - cintaHati

Minta kek untuk kejutan ulang tahun, dapat pakej nyanyian lagu happy birthday sekali

Menerusi video berdurasi 38 saat yang dikongsikan oleh @ijjatulss di TikTok, kelihatan pemilik video sedang bersama suaminya di sebuah kedai makan Arab.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja kedai makan itu datang membawa kek. Dia turut menyalakan lilin pada kek tersebut sambil menyanyikan lagu happy birthday.

Difahamkan, pemilik video telah request kejutan kek tersebut untuk ulang tahun. Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah tulisan yang terdapat pada pinggan itu iaitu "Happy Amtasary Baby".

“Hahahaha lawak betul lah. Nasib lah ‘baby’ tu pun betul ejaannya” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 87.8K views, 5.4K likes dan 245 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Confident je abang tu nyanyi lagu happy birthday :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismsik:

You may be interested in: