seismik

[VIDEO] Riuh Satu Kelas, Katak Terlepas Semasa Experiment Dalam Makmal Bikin Dekah Ramai

Kecoh betul!

Cover image via @belleaf1 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dahulu, jika sesiapa yang masuk kelas biologi mesti akan ada eksperimen untuk membedah katak atau tikus

Ia bukan saja-saja untuk bedah ya. Haiwan itu dibedah bertujuan untuk pelajaran bagi subjek itu sahaja.

Sebenarnya banyak proses sebelum ingin membedah, katak itu mesti dipengsankan dengan menggunakan cecair khas. Tetapi ada juga yang tidak betul-betul pengsan.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial TikTok, apabila sekumpulan pelajar diminta untuk membedah katak tetapi suasana kecoh disebabkan insiden katak melompat telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu dibawah:

Ingatkan dah pengsan, tapi lain pula yang jadi

Menerusi video tersebut, kelihatan semua pelajar yang berada di dalam kelas diminta untuk membedah katak.

Namun, suasana bertukar kecoh apabila katak-katak yang berada di meja lain terlepas dan ada yang tidak betul-betul pengsan.

Jeritan dan suasana kecoh video itu menarik perhatian ramai. Gadis-gadis itu juga berani pegang katak tanpa berasa geli dan takut.

Lihat video sambungan di bawah:

@belleaf1 Replying to @(◍•ᴗ•◍) katak gp saya baik #upnm #handsock #tyesotumbler original sound - Buybuybye

"Dia pegang katak macam itu je, aku meremang tengok dia pegang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah sebanyak 356.1K views, 52.1K likes dan 844 comments di TikTok rata-rata netizen terhibur melihat situasi mereka.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel pula tengok katak yang dia pegang tu :D

Image via Gifer

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: