seismik

[VIDEO] Remaja Berang Lalu Bertindak Menumbuk Polis Trafik Dari Belakang

Kejadian dilaporkan berlaku di Kota Belud, Sabah.

Cover image via SAYS via Lim Shu Lee Ingsui / Facebook

Baru-baru ini, viral video seorang remaja lelaki telah bertindak melulu dan menyerang seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas di lokasi kemalangan

Memetik laporan Astro Awani, kejadian yang berlaku sekitar 3.15 petang di bulatan Kampung Lebak Moyoh itu menyaksikan suspek yang berusia 19 tahun telah menyerang anggota polis trafik itu secara tiba-tiba.

Mangsa dikatakan cuba untuk meredakan ketegangan di antara dua pihak susulan kemalangan yang melibatkan Perodua Myvi dan motosikal jenis Honda Wave.

Kejadian itu telah dirakam oleh orang awam dan dimuat naik lalu viral di media sosial. Video tersebut telah mencapai 10K shares ketika artikel ini ditulis.

Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah telah mengesahkan bahawa suspek telah ditahan di lokasi kejadian dengan bantuan sepasukan anggota polis

Melalui siasatan yang dijalankan, mangsa yang juga merupakan anggota polis berpangkat koperal dari IPD Kota Belud itu telah tiba di lokasi kejadian untuk mengambil gambar kemalangan sebelum didatangi dua lelaki yang disyaki ahli keluarga mereka yang terlibat di dalam kemalangan terbabit.

"Selepas pengadu selesai mengambil gambar, dia didatangi oleh dua lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga yang merupakan ahli keluarga mangsa kemalangan itu.

"Semasa pengadu memperkenalkan diri sebagai anggota polis, secara tiba-tiba dia ditumbuk di belakang kepalanya oleh seorang lelaki tidak dikenali (suspek).

"Susulan daripada kejadian itu, anggota polis berkenaan kemudiannya meminta bantuan daripada trafik IPD Kota Belud sebelum sepasukan anggota tiba dan membuat tangkapan ke atas suspek di lokasi kejadian," katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tonton video penuh kejadian di bawah :

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berang sampai tumbuk pekerja carwash sampai meninggal dunia. Ini betul-betul kejam!

Ramai yang tidak tahu tentang penjagaan kereta yang betul.

You may be interested in: