seismik

[VIDEO] "Rasa Tersentuh" - Ustazah Terharu Anak Murid Buat Surprise Beri Ucapan Hari Jadi

Lembut je cara ustazah dia cakap.

Cover image via @zack_rockstar (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman persekolahan adalah zaman yang paling manis buat kita, di sinilah kita berkenalan dengan rakan-rakan dan guru-guru

Malah, ada sesetengahnya masih menghubungi rakan dan guru mereka itu. Sememangnya guru merupakan insan yang perlu dihormati ketika di sekolah. Mereka ibarat ibu bapa ketika kita berada di sekolah.

Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang ustazah menangis kerana terharu dengan kejutan yang diberikan oleh anak muridnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak murid pakat tutup kamera masa kelas online untuk buat kejutan

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan semasa itu seorang ustazah sedang menjalani kelas secara online bersama dengan anak-anak muridnya.

Namun, dia mula berasa hairan kerana dia langsung tidak boleh melihat muka anak-anak muridnya itu.

Dia kemudian memanggil mereka semua dan bertanyakan adakah line di rumahnya yang bermasalah kerana dia masih tidak dapat melihat mereka.

Tidak lama selepas itu, anak-anak muridnya mula membuka kamera masing-masing dan mula memberi ucapan selamat hari jadi sambil memegang kertas yang ditulis. Perkara itu membuatkan ustazah mereka terharu dan menangis melihatnya.

"Akhlak anak-anak murid adalah refleksi kepada akhlak ustazah mereka" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tersentuh melihat suasana tersebut. Malah, ada juga yang mempersoalkan sama ada ini hanyalah lakonan atau tidak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 61.1K views, 1,378 retweets dan 2,928 likes di Twitter.

Berikut adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Alahai, sweet betul anak-anak murid dia buat kejutan untuk ustazah mereka :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: