seismik

[VIDEO] "Rasa Nak Buat Rendang" - Gadis Miliki Dua Angsa Suka Buat Hal Ini Raih Perhatian

Angsa dia makan whiskas guys!

Cover image via @yaidaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Sesetengah orang pasti mempunyai haiwan peliharaan di rumah

Haiwan peliharaan di rumah dijadikan seperti teman. Ada juga yang dijadikan sebagai peliharaan untuk menjaga rumah. Ramai yang jadikan kucing sebagai peliharaan. Namun begitu, ada juga yang jadikan mereka sebagai peliharaan untuk menjaga rumah.

Sama seperti gadis ini yang tular videonya apabila dia berkongsi kisah dua angsanya yang suka buat hal telah mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selalu mengendeng tuan punya badan ke mana-mana saja

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam suasana di halaman rumahnya. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila kelihatan dua ekor angsanya mengikuti dia ke mana-mana. Lebih lucu lagi, gadis itu siap membuat jalan penceritaan yang angsa itu suka buat hal. 

Angsa: "Nak ikut pergi kerja long", "Alamak terkantoi ikut terusan suez", "Dah gaji belum, whiskas kita mana?" 

Penceritaannya di dalam video membuatkan netizen dekah dan mengundang beberapa komen yang kelakar. 

Lihat video penuh sambungan itu di bawah: 

"Aku masa rentas desa dulu kes diorang inilah penyebab aku dapat nombor depan sekali, kena kejar" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjuan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan jalan cerita gadis tersebut mengenai angsanya. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 117K tontonan, 21K tanda suka dan 300 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik jenis jinak, kalau jenis kejar memang auto cancel :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: