seismik

[VIDEO] Ramai Yang Salah Faham, 'Lahabau' Sebenarnya Bukan Perkataan Kesat

Oh, baru tahu.

Cover image via @zhiddinazizz (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi orang Melaka, perkataan ‘lahabau’ begitu sinonim dengan mereka sehingga sering disalah anggap

Untuk orang yang bukan berasal daripada Melaka, mereka menganggap perkataan itu sebagai perkataan kasar atau kesat.

Namun, tahukah anda sebenarnya perkataan tersebut adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab pada suatu ketika dahulu.

Pinjaman dari bahasa Arab dengan perkataan asal 'la khabar'

Menerusi video di akaun TikTok @zhiddinazizz, pempengaruh berkenaan memberitahu, ia sebenarnya adalah kata pinjaman dari bahasa Arab ketika pedagang dari Timur Tengah berdagang di Melaka pada satu ketika dahulu dengan perkataan asal ‘la khabar’.

'la khabar' adalah bermaksud bertanya khabar atau lama tidak dengar khabar dalam bahasa Arab.

Masa kesultanan Melaka dulu la khabar untuk bertanyakan khabar, tetapi setelah sampai kepada orang Melaka huruf R di belakang perkataan itu ditukar kepada huruf U.

"Jadi la ‘la khabau’, lama kelamaan jadi pula ‘lahabau’. orang Melaka kalau sebut ular akan jadi ‘ulau’, banyak lagi perkataan-perkataan lain yang diubah," katanya.

Untuk pengetahuan anda, Zhiddinazizz merupakan anak kepada personaliti televisyen Allahyarham Aziz Desa yang sering berkongsi kepada pengikutnya berkaitan topik bahasa Melayu dan sastera. 

Lihat video di bawah:

@zhiddinazizz

Ada yang komen kening lukis. Bukan! Itu rakaman dari jauh, saya guna ‘Clarity’ di CapCut untuk kurangkan kabur. Hasilnya, kening dan lain-lain jadi terlalu jelas. Kalau tak guna tu, mungkin video ni macam bagi talk di Genting, berkabus semacam.

original sound - zhiddinaziz

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: