[VIDEO] Ramai Luah Rasa Sedih Lihat Ibu Gajah Kembali Ke Lokasi Anak Mati Dilanggar
Begitulah kasih ibu, sedih tengok.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular apabila seekor gajah betina kembali ke lokasi kejadian kemalangan dipercayai bagi mencari anaknya yang dilanggar mati sebuah lori
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Perak.
Menerusi video di akaun TikTok perkongsian @kutupai, kelihatan haiwan itu telah datang semula ke lokasi anaknya dilanggar meskipun sudah dipindahkan ke habitat asal dalam hutan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Ramai sebak lihat keadaan ibu gajah masih mencari anaknya
Selepas kejadian menyayat hati itu, ibu gajah itu dipercayai telah dilepaskan oleh Perhilitan sejauh 1 kilometer dari kawasan kemalangan tersebut.
Namun, sehingga kini masih tidak daoat disahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) adakah ia gajah yang sama atau bukan.
Dalam satu perkongsian di Facebook Public Health tentang fakta gajah, difahamkan gajah boleh hidup 60 hingga 70 tahun dan otak mereka menyimpan maklumat sepanjang hayat, termasuk pengalaman, hubungan dan kawasan geografi.
Malah, mereka boleh mengecam suara dan bau gajah lain, termasuk dalam jarak sejauh 1.5 km, dan boleh bezakan antara ahli keluarga dan bukan.
Tidak hanya itu, mereka juga menunjukkan emosi terhadap rakan yang cedera atau mati, termasuk melawat semula tulang temulang, dan menggali serta menutup bangkai gajah lain perilaku yang sangat jarang dalam dunia haiwan.
Sebelum ini tular video memaparkan seekor gajah betina cuba ‘menolak’ lori yang dipercayai melanggar mati anak gajah jantan di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli sehingga mengundang sebak dalam kalangan orang ramai. Keadaan ibu gajah itu ternyata membuatkan ramai berasa sedih.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!