[VIDEO] Rakyat Malaysia Sanggup Berhimpit, Tolak-Menolak Demi Masuk Pesta Buku. WOW!
Kalah pesta makanan ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia membuktikan bahawa budaya membaca masih tidak pupus dalam kalangan masyarakat hari ini
Ia selepas tular sebuah video memaparkan kehadiran orang ramai pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL) baru-baru ini.
Hal itu sekali gus menepis dakwaan bahawa rakyat Malaysia hanya akan dihadiri ramai orang jika di pesta makanan.
Berpusu-pusu nak masuk pesta buku
Menerusi video di akaun TikTok @penerbitusm, kelihatan orang ramai berpusu-pusu untuk memasuki ke dalam Dewan Tun Razak 3 di World Trade Center sempena pesta buku tersebut.
Malah, dimaklumkan berlaku sedikit kekecohan pada mula pintu dewan itu dibuka sehingga berlakunya insiden tolak-menolak sesama sendiri.
Kehadiran pengunjung yang memberangsangkan sempena pesta buku itu ternyata telah membuktikan rakyat Malaysia masih minat membaca.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!