seismik

[VIDEO] Pos Malaysia Lancar Koleksi Stamp Folder Set Pokemon - "Gotta Catch 'Em All"

Wah, menarik ni.

Cover image via Pos Malaysia & @jhameiagoh (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mereka yang suka mengumpul setem, sudah pastinya banyak koleksi yang sudah mereka ada termasuk koleksi terhad

Malah, setem yang mereka kumpul kadang kala adalah edisi terhad dan jarang ditemui, terutamanya dengan kesilapan cetakan, ia boleh melonjak harganya seiring peredaran masa.

Seperti video tular di TikTok ini memaparkan seorang individu berkongsi momen ketika dia membeli koleksi setem rasmi Pokémon Pos Malaysia.

Dijual pada harga RM99 untuk setiap stamp folder set

Menerusi video di akaun TikTok @jhameiagoh, kelihatan individu itu berkongsi sedang berada di Pos Malaysia untuk mendapatkan koleksi setem terbaru.

Difahamkan, dia telah membeli koleksi setem Pokemon edisi terhad yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia.

Menurut Pos Malaysia, mereka telah melancarkan set folder setem Pokémon yang menyediakan setem Trading Card Game Pokémon yang direka istimewa dan prapesanan yang telah bermula pada 21 Februari 2025 lalu.

Ia dijual pada harga RM99, set ini meliputi 10 setem, 4 poskad, sebuah sampul surat Cenderahati, pek ceria Pokémon TCG, dan sebuah tikar permainan, semuanya dalam sebuah folder kenang-kenangan. Jika anda pencinta Pokémon klasik seperti Pikachu, Charizard, Blastoise, dan Venusaur.

Image via Pos Malaysia

Stok terhad sementara masih ada ya! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: