seismik

[VIDEO] Pensyarah Luar Negara Tunjuk 'Skill' Fasih Berbahasa Melayu Ketika Ditemu Bual

Wah, fasihnya semua bercakap.

Cover image via @latifahhuang (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara yang perlu dipelajari semua

Namun, bukan semua orang sebenarnya fasih berbahasa ibunda sendiri meskipun seseorang itu lahir daripada negara berkenaan.

Berbeza dengan video yang tular di TikTok memaparkan seorang wanita yang menemu bual beberapa pensyarah dari negara yang berbeza bercakap bahasa Melayu mencuri perhatian.

Pensyarah dari 4 negara kongsi mengajar bahasa Melayu di universiti negara masing-masing

Menerusi video di akaun TikTok @latifahhuang, kelihatan wartawan daripada China itu telah menemu bual beberapa orang pensyarah dari universiti luar negara.

Difahamkan, pensyarah-pensyarah tersebut mengajar bahasa Melayu di universiti di negara masing-masing.

Malah, mereka juga dilihat fasih berbahasa Melayu ketika menjawab soalan daripada wartawan berkenaan.

Bagi pensyarah yang pertama bernama Hiroki Nomoto, dia merupakan tenaga pengajar di universiti bahasa asing di Tokyo, Jepun yang mengajar bahasa Melayu dan linguistik.

Manakala, pensyarah kedua bernama Saidadul pula mengajar Xi’an International Studies University. Pensyarah ketiga pula Profesor Madya Chaiwat Meesanthan di Fakulti Sastera, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand.

Selain itu, seorang lagi ialah Profesor Doktor Shao Ying atau lebih dikenali sebagai Adibah dari Beijing Foreign Studies University yang mengajar di Jabatan Pengajian Bahasa Melayu.

Lihat video itu di bawah:

@latifahhuang Bahasa Melayu Mendunia Wawancara prof bahasa Melayu dari China, Jepun dan Thailand #fyp #foryou #viral #interview #bahasamelayu #fyppppppppppppppppppppppp bunyi asal - Latifah Huang

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: