seismik

[VIDEO] Peniaga Ini Tetap Ceria Walaupun Tiada Siapa Masuk Live. Sekali Tiba-Tiba.. Lawak!

Alahai kesian dia, tetap happy je.

Cover image via @kunyahan.com (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TikTok live kini menjadi salah satu medium utama bagi peniaga di Malaysia

Hal ini kerana ramai yang sudah beralih arah untuk membeli barangan secara online kerana lebih memudahkan.

Dengan adanya live sebegini, pelanggan akan dapat melihat produk yang ditunjukkan dan bukan hanya pada gambar, malah boleh juga bertanyakan soalan di ruangan komen. Betul tak?

Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang peniaga ini apabila dia hanya mampu tergelak kerana tiada sesiapa yang memasuki livenya.

Layan saja request ada warga asing minta masuk live

Menerusi video tersebut, peniaga berkenaan yang semasa itu sedang membuat live hanya mampu tergelak dan memberitahu tiada siapa yang memasuki livenya.

Tetapi, selepas beberapa minit dia menerima request untuk join live bersama orang yang tidak dikenalinya.

Mungkin kerana bosan tiada orang pada masa itu, dia telah menerima individu berkenaan. Kelihatan ia seperti lelaki warga asing. Malah, dia mempersoalkan kewujudan individu itu.

"Dia wujud ke tak?," ujarnya.

"Hahaha, sebenarnya mamat tu pun tak tahu nak end macam mana" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen juga turut terhibur melihat peniaga berkenaan dan memberikan pebagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 42.9K likes dan 1,436 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Boleh berjangkit dengar dia punya gelak tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: