seismik

[VIDEO] Pemuda Ini Expose Apa Yang Biasa Ada Dalam Beg Tangan Wanita Buat Ramai Terhibur

Betul tak girls?

Cover image via @firdausml22 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kaum perempuan mesti tak sah kalau tidak membawa beg tangan mereka bila keluar kan?

Tidak kiralah sama ada yang besar ataupun kecil. Beg tangan ini sudah menjadi benda wajib yang perlu dibawa semasa keluar kerana memudahkan untuk mengisi barangan mereka.

Seperti video perkongsian di Twitter ini apabila seorang lelaki menujukkan apa yang ada dalam beg tangan perempuan mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Expose apa yang sebenarnya perempuan suka simpan dalam beg tangan mereka

Menerusi video perkongsian itu, kelihatan seorang lelaki sedang menunjukkan apa sebenarnya yang perempuan suka simpan dalam beg tangan mereka.

Dia kemudian menunjukkan satu persatu barangan tersebut. Apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap melakonkan semua gaya itu seperti berada di dalam dunia khayalan.

Antara barangan yang ditunjukkan adalah duit yang bertaburan, barangan make up dan juga tuala wanita.

"Tak sekarang ni macam mana boleh ada pasir dalam handbag korang ni?" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut. Malah, ada juga yang boleh relate dengan situasi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 128.2K views, 6,627 retweets dan 7,429 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Setuju tak girls? Macam-macam harta karun boleh jumpa kan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: