[VIDEO] Pemandu Cina E-Hailing Gigih Hias Kereta Dengan Tema Hari Raya, Ceriakan Penumpang
Cantik dekorasi dia buat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri kian terasa
Sudah pasti ramai yang sudah membuat persiapan raya dengan membeli baju raya, perhiasan rumah dan sebagainya.
Namun, sebagai negara yang berbilang bangsa dan kaum, kemeriahan sambutan hari raya bukan sahaja dirasai oleh mereka yang beragama Islam tetapi turut dirasai oleh semua rakyat Malaysia.
Baru-baru ini tular selepas seorang individu berkongsi situasi semasa dia sedang menaiki e-hailing yang mencuri tumpuannya.
Gigih buat dekorasi hari raya walaupun berbangsa Cina
Menerusi video perkongsian di akaun Threads @zzrangerz, kelihatan individu tersebut ketika itu sedang berada di dalam sebuah e-hailing untuk pergi ke tempat kerja.
Namun, sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta, dia terpegun dengan dekorasi yang dilakukan oleh pemandu tersebut.
Dapat dilihat, pemandu tersebut telah menghias dalaman keretanya dengan dekorasi bersempena hari raya meskipun dia berbangsa Cina.
Malah, pemandu berkenaan juga turut memainkan lagu hari raya supaya menaikkan lagi mood berhari raya.
"Pagi tadi otw pergi keja naik grab. Appreciate effort dia walaupun chinese. Deko raya dalam kereta buat kita happy plus pasang lagu raya ya," tulis individi itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!