seismik

[VIDEO] Panggil Anak Teruna Merayap Dari Pagi Tak Balik Tapi Ada Plot Twist Pula

Eh ni macam lain.

Cover image via @luvlylaydee (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, anak-anak kecil sering bermain di kawasan luar rumah sampai malam

Ini menyebabkan ibu bapa akan memarahi anak mereka dan membebel kerana balik pada waktu yang agak lewat. Tambahan pula, sangat bahaya untuk kanak-kanak berkeliaran.

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu memanggil 'anak lelakinya' pulang ke rumah telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Panggil 'anak teruna' balik rumah tapi sebenarnya seekor kucing

Menerusi video yang dimuat naik oleh @luvlylaydee di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam di luar pagar rumahnya di kawasan taman perumahan seolah-olah mencari sesuatu. 

Dalam video itu dilihat dia melaungkan nama 'anak terunanya' di kawasan luar rumah dengan kuat namun sahutan tersebut tidak dipanggil membuatkan dia membebel dan mengadu kepada suaminya.

Ini membuatkan suaminya turut memanggil beberapa kali, dan kemudian barulah terlihat penampakan sesuatu benda yang baru pulang ke rumah dengan laju. Apa yang menarik perhatian adalah, anak terunanya itu ternyata seekor kucing.

Kucing tersebut dilihat tidak boleh memanjat pagar menyebabkan mereka terpaksa membuka pintu pagar dan membebel ke arahnya. 

Dalam video itu juga dapat dilihat haiwan itu cuba berkelakuan manja dengan baring di atas lantai supaya ayahnya tidak memarahinya.  

'Kan, suara bapak memang power. Kalau kat rumah ni abah ehem je, terus bediri pegang berus gigi, tak pasal" -Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 633.4K views, 63.7K likes dan 1,893 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat kucing tersebut dan memberi komen yang mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakar pula tengok kucing tu gelabah berjalan masuk ke rumah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: