seismik

[VIDEO] Niat Nak Basuh Baju Tapi Sekali Tersilap Bayar Mesin Ini Undang Dekah Ramai

Kesian pula kena basuh sekali lagi baju tu.

Cover image via @amzarsani (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesibukan kerja membuatkan ramai tidak mempunyai masa untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak dan juga membasuh baju

Oleh itu, ramai yang memilih dobi sebagai tempat membasuh baju-baju kotor mereka. Diberi pilihan untuk basuh dan juga keringkan menjadi ia satu tempat pilihan buat orang ramai kerana memberi kemudahan pada mereka.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsikan pengalamannya di dobi layan diri telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@amzarsani Kembali kita dalam rancangan, DAH BODOH KE HARINI ? #fyp #raya #gengbalikraya original sound - AmzarSani

Tersilap basuh mesin padahal baju dalam mesin lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amzarsani di TikTok, kelihatan seorang individu merakam mesin basuh yang sedang berfungsi di sebuah kedai dobi layan diri. 

Yang paling mengejutkan, mesin yang dirakam tersebut adalah kosong tapi sedang dibasuh dengan sabun. Manakala, mesin di sebelahnya pula mempunyai baju-baju individu berkenaan yang masih belum dibasuh. 

Difahamkan, dia telah tersilap meletakkan duit syiling dan menekan butang start pada mesin yang kosong tersebut menyebabkan baju dalam mesin di sebelahnya ditinggalkan begitu saja.  

"Abang datang basuh mesin basuh ya bang haha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 497.1K views, 29.3K likes dan 1,601 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi individu ini. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri ketika berada di dobi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam mana lah keadaan baju tu ya, dah siap ke belum agaknya? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: