seismik

[VIDEO] Nasib Baik Ada Pertolongan, Wanita Bengang Kereta Kena Block Siap Tarik Handbrake

Menyusahkan orang betul!

Cover image via @adlinaidris (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernah tak anda melalui pengalaman kereta di block orang lain? Pasti ia membuatkan kita rasa marah bukan?

Tambahan lagi, jika pada masa itu kita memang nak cepat ke sebuah tempat dan urgent. Tengok pula tiba-tiba kereta di block dan siap tarik handbrake lagi.

Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita merasa bengang keretanya di block di sebuah tempat parking telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adlinaidris Sebaik tak naik hantu aku. Nak parking tak kisah pun tapi jangan tarik handbrake. Tak pun letak no phone. #fyp #marah suara asli - ali

Buntu fikir macam mana nak keluarkan kereta, nasib baik ada yang tolong

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi pengalamannya apabila keretanya dihalang oleh orang yang tidak dikenali.

Apa yang lebih membuatkan dia merasa marah adalah individu tersebut tidak meninggalkan sebarang nombor telefon untuk dihubungi.

Kejadian itu membuatkan dia merasa buntu memikirkannya. Namun, dia bernasib baik kerana ada tiga orang lelaki yang parking bersebelahan keretanya menolong dan mengeluarkan keretanya itu.

"Nasib baik bukan kereta aku, kalau tak pancitlah 4 tayar tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa marah dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 394.1K views, 24.3K likes dan 670 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak faham betul orang macam ni, nasib baik ada abang-abang tu tolong :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: