seismik

[VIDEO] Najib Razak Lawat Keluarga Abam Bocey, Beri Penghormatan Terakhir Di Masjid Gombak

Salam takziah buat keluarga Abam.

Cover image via denai hati & Twitter @FareezAzmann

Pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey awal pagi tadi telah memberi kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia termasuklah rakan artis dan juga pendakwah bebas

Image via Suara Merdeka

Abam yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi meninggal dunia di usia 32 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu dan juga anak yang baru berusia 5 bulan.

Terdahulu menurut isteri arwah, Nor Hidayah, arwah pernah mengadu tidak sihat beberapa hari lalu dan mengesan suaminya tidak sedarkan diri ketika mahu mengejutkannya untuk solat Subuh pagi tadi.


Pemergian Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan bukan sahaja mengejutkan penggiat seni tanah air, malah turut berdukacita atas perkara itu adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak

Menerusi perkongsian seorang wartawan di laman Twitternya sebentar tadi, Najib turut kelihatan menziarah ahli keluarga arwah di Masjid Gombak Utara sebelum urusan pengkebumian dilaksanakan. 

Menerusi video pendek berdurasi 0:12 saat itu, Najib dilihat bersalaman dengan orang ramai sebelum menanti ketibaan jenazah Allahyarham Abam di masjid tersebut.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pusu Gombak.


Ramai yang menyayangi arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih menarik di SAYS:

You may be interested in: