seismik

[VIDEO] Murid Sekolah Rendah Di Kemaman Tak Sampai 10 Orang - "Satu Sekolah Kenal Aku"

Wah, ramai tu je ya!

Cover image via @husnibnsuhaimi (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah sekolah rendah di Terengganu jadi bualan ramai setelah video rakaman menunjukkan jumlah muridnya tular di TikTok

Menerusi video perkongsian @husnibnsuhaimi di TikTok, dia berkongsi bagaimana keadaan sebuah majlis penyerahan lencana Jalur Gemilang di SJK(C) Jabor Kemaman.

Apa yang mengejutkan adalah bilangan murid sekolah rendah di situ dilihat tidak sampai 10 orang.

Dalam video tersebut, bilangan murid yang kelihatan dalam majlis berkenaan hanyalah lapan orang dan hanya terdapat seorang sahaja murid perempuan.

Image via TikTok

Sekolah tersebut hanya ada empat kelas dan tiada kantin

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pemilik video berkenaan dilihat menjawab beberapa persoalan yang hadir dari netizen kerana ia adalah sesuatu yang jarang dilihat.

Antara maklumat yang diberikannya adalah sekolah terbabit tidak mempunyai kantin dan hanya ada empat kelas sahaja.

"Rumah sukan ada dua, tak ada kantin, kelas paling ramai empat orang, paling sikit seorang, ada empat kelas sahaja.

"Sekolah terpencil, ada lagi beberapa sekolah di kawasan sekitar," jawabnya apabila disoal bagaimana sekolah berkenaan tidak mempunyai ramai murid.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: