seismik

[VIDEO] Muka Macam Melayu, Lelaki Ini Sampai Letak IC Atas Meja Takut Kena Tuduh Tak Puasa

Aah lah muka dia macam melayu.

Cover image via @nick_sohide (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malaysia memang terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama

Disebabkan itu, kita harus saling menghormati dan memahami adat dan budaya kaum berbeza supaya negara berada dalam keadaan yang harmoni.

Seperti yang semua tahu, negara kita mempunyai 3 bangsa utamanya iaitu Melayu, Cina dan India. Bulan ini juga merupakan bulan Ramadan yang mewajibkan semua umat Islam untuk berpuasa.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki terpaksa meletakkan kad pengenalannya di atas meja kerana takut orang salah faham mengenai dirinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Letak kad pengenalan atas meja sebab takut orang keliru makan semasa bulan puasa

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama rakannya sedang mencari barangan keperluan mereka di sebuah pusat beli-belah.

Namun, rakannya berbangsa India itu meminta agar singgah di sebuah restoran untuk makan kerana dia tidak tahan lapar. Dia kemudian menemani rakannya itu untuk makan.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah, disebabkan muka rakannya itu kelihatan seperti orang Melayu, dia sampai meletakkan kad pengenalannya di atas meja kerana takut orang akan salah faham.

Kejadian itu membuatkan rakannya tergelak kecil melihatnya gelagatnya itu. Difahamkan video itu diambil sebelum berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu sebelum kerajaan membuat larangan untuk orang ramai makan di restoran.

"Ni mesti pernah kena tegur kes muka macam Melayu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.

Malah, ada yang berpendapat mesti dia melakukan perkara sedemikian kerana pernah ditegur mukanya seperti orang Melayu. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 76.2K likes dan 1,081 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian dia, makan pun macam takut-takut ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: