seismik

[VIDEO] Mimi Fly Sekali Lagi Buat Ramai Terpegun, Lancar Mengaji Dengan Suara Yang Merdu

MashaAllah, tenang je dengar Mimi mengaji.

Cover image via @arifmaier_official (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, penyanyi Mimi Fly menerima pujian rakyat Malaysia selepas akur menurunkan video lagu raya Serumpun di YouTubenya

Ramai memuji Mimi seorang artis yang humble dan tidak mudah melatah walaupun dikecam teruk gara-gara berkemban dalam muzik video lagu Serumpun itu.

Malah, dia sanggup berkorban untuk merakam semula muzik video tersebut dengan kualiti yang lebih baik.

Terbaharu, Mimi sekali lagi mencuri perhatian apabila muncul dalam sebuah program mengaji di televisyen.

Bukan saja suara merdu menyanyi, mengaji pun pandai dan lancar

Menerusi video yang dikongsi oleh @arifmaier_official, kelihatan Mimi yang manis bertudung hitam diminta membacakan sebuah surah oleh ustaz dalam program mengaji itu.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah apabila Mimi mengaji dengan sangat merdu dengan bacaan yang lancar. Malah, ada yang berkata tajwidnya juga dibaca dengan betul.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji kemerduan suara Mimi dan berkata inilah definisi sebenar 'don't judge a book by it's cover'.

Lihat video penuh di bawah:

@arifmaier_official

Geng ngaji @Gempak @ZAYAN Ustaz ustazah pun tergamam dengar alunan bacaan daripada @MimiFly . MasyaaAllah Syahdu je suaranya • Mfly Empire #gengngaji #astrooasis #zayan #astrogempak #sookamalaysia #indahnyalainmacam #serumpunmimifly #fypmalaysia #indonesia #singaporetiktokers #brunei #fypmalaysia #astro

original sound - AILUROPHILE - AILUROPHILE

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: