[VIDEO] Menyamar Jadi Polis Rompak Rumah, 5 Penyamun Kini Diburu PDRM
DIfahamkan, kejadian rompakan tersebut berlaku di sebuah kediaman sekitar Semenyih Ahad lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lima penyamun yang menyamar menjadi polis merompak sebuah rumah dapat dilihat menerusi rakaman CCTV tular baru-baru ini kini jadi buruan polis
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata kejadian berlaku ketika mangsa, seorang pesara berusia 55 tahun bersama tiga ahli keluarga yang lain berada di rumah pada jam 5.02 pagi.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai pelitup muka dan dua daripada mereka memakai vest polis masuk ke rumah mangsa.
"Suspek memecah pintu hadapan sebelum masuk dan melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM500," katanya
Kerugian keseluruhan dianggarkan bernilai sehingga RM9,000
Tambah Nazron, kejadian samun itu telah membawa kerugian keseluruhan berjumlah RM9,000, satu operasi khas turut digerakkan bagi menjejak individu-individu terbabit.
"Pihak polis menyeru supaya orang awam atau individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
"Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758 bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (merompak berkumpulan) dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!