seismik

[VIDEO] Mengidam Punya Pasal, Isteri Hamil Minta Nak Gigit Jari Suami. Kesian!

Redha je lah suami dia.

Cover image via @areuarel (TikTok)

Kita sering dengar jika wanita sedang hamil pasti ada makanan yang diidamkan

Malah, ada juga yang mengidam ingin melakukan perkara pelik dan diluar jangkaan si suami. Tetapi demi isteri tercinta, suami pasti akan mencari dan sanggup melakukan perkara itu.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila keinginan si isteri yang sedang hamil mahu mengigit jari suaminya menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu dibawah:

Suami kongsi isterinya mengidam 'pelik' nak gigit jari

Menerusi video tersebut, seorang lelaki telah berkongsi keinginan pelik isterinya yang sedang hamil anak sulung mereka.

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan wanita hamil mengidam seperti makanan, tetapi lain pula dengan isterinya itu.

Dia sama sekali terkejut dan tidak menyangka isterinya itu akan mengidam untuk mengigit kesemua jari tangannya.

Disebabkan itu, dia pasrah dan mengikut saja kemahuan si isteri. Namun, apa yang lebih melucukan adalah melihat reaksi lelaki tersebut yang terpaksa menahan sakit sehingga berkerut dahinya semasa digigit isteri.

"Lawak betul, tapi bagus suami dia rileks je layan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut merasa terhibur melihat gelagat pasangan berkenaan.

Malah, ada juga yang berkongsi perangai pelik mereka semasa sedang hamil. Ada juga yang memuji tindakan lelaki itu kerana melayankan saja keinginan si isteri.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 171.5K likes, 4,218 comments dan 1,491 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, macam-macam ya perangai isteri mengidam sekarang :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: