[VIDEO] Mengapa Perlu Guna Selipar Dalam Tandas Rumah? - Ikuti Penjelasan Ustaz Ini
Bahaya juga rupanya kalau tak pakai selipar dalam tandas ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang ustaz berkongsi tentang mengapa kita perlu memakai selipar di tandas dalam rumah
Menerusi perkongsian video di laman Threads oleh @abduljabbartarmizi, ustaz tersebut memberitahu kepentingan memakai alas kaki atau selipar di dalam tandas rumah.
Difahamkan, hadis Nabi memberitahu, apabila kita hendak masuk ke dalam tandas kita perlu memakai dua jenis alas iaitu kepala dan kaki.
"Masuk tanda kepala tak boleh togel. Tak kisahlah pakai kopiah atau tuala, kepala mesti ditutup," katanya.
Jin dan syaitan suka tempat kotor, kalau tak pakai selipar mungkin tak sedar najis terpercik di kaki dan tersebar seluruh rumah
Menurut ustaz itu lagi, penggunaan selipar dalam tandas adalah penting untuk mengelakkan najis yang kita tak nampak melekat di kaki seterusnya menyebarkan kotoran dalam rumah.
"Kita khuatiri atas lantai tandas kita ada najis yang terpercik-percik yang kita tak tahu. Kita masuk tandas tak pakai selipar, najis tu bertebaran dalam rumah kita.
"Kalau rumah ada tiga tandas pastikan letak tiga selipar supaya kita keluar dalam keadaan kaki yang bersih," jelasnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!