seismik

[VIDEO] Mengantuk Tetapi Masih Nak Main, Sekali Adik Ini Tersidai Tidur Tepi Basikal

Mengantuk sangat tu.

Cover image via @alanteva90 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita semua tahu, kanak-kanak memang suka bermain

Mereka selalu bermain basikal, main anak patung dan main kejar-kejar. Memang ada sahaja pelbagai benda yang mereka jadikan mainan. Walaupun mata sudah mengantuk tetapi masih seronok nak bermain. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan gelagat seorang budak lelaki yang tertidur tepi basikal telah membuatkan ramai terhibur. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@alanteva90 Paling Hyperactive. Pelik jugak tiba2 senyap . lah tidur#malikaffan suara asli - NAMA KOK FIKI - Fiki Goo 20k

Mengantuk tetapi nak join juga ayah melepak, macam ini lah jadinya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @alanteva90, kelihatan sekumpulan lelaki sedang duduk melepak di sebuah halaman rumah.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila terdapat seorang budak lelaki tertidur di tepi basikal semasa sedang bermain. Cara tertidurnya pula sangat lucu. 

Difahamkan, budak lelaki itu bermain basikal sementara ayahnya melepak bersama kawan-kawan.

"Bateri betul-betul dah kong tu. Tak boleh charge dah. Esok faham-faham jelah full charge. Hadap jelah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 469.9K views, 48.3K likes serta 712 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat cara budak lelaki itu tertidur di tepi basikal. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai adik ni buat hal betul. Lain kali bawa power bank, mesti full charge punya! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: