seismik

[VIDEO] Minta Member Editkan Gambar Jadi Cerah Sikit, Tak Sangka Lain Pula Jadinya

Ini berubah jadi orang lain ini.

Cover image via @viictorahmad (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk menyunting gambar selepas ditangkap bukan?

Iyalah, kadang gambar yang ditangkap itu ada yang terlebih cerah ataupun terlebih gelap. Sebab itu, kita perlu edit sikit supaya menjadi gambar yang cantik. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu meminta tolong rakannya untuk edit gambar tapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Suruh editkan muka jadi cerah sikit, sekali macam Opera Cina pula

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki meminta bantuan rakannya untuk menyunting gambarnya kerana ia nampak agak gelap di bahagian muka.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila rakannya itu sengaja memburukkan lagi gambarnya dengan mewarnakan kulit lelaki itu menjadi putih. Dia juga menambah tahi lalat di mukanya.

"Bukan macam tu putihnya bang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6M tontonan, 335K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat hasilnya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ini dah jadi badut bang :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: