seismik

[VIDEO] "Membanggakan!" - Gadis Melayu Kuasai Tarian Singa Ini Raih Pujian Ramai

Hebatnya!

Cover image via @ahpeng2830 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tarian Singa merupakan tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina

Tarian ini adalah tarian yang memerlukan penarinya memakai kostum dan meniru pergerakan singa. Tarian ini juga diiringi dengan gong, gendang, dan dentuman mercun yang dipercayai ia membawa tuah.

Uniknya Malaysia kerana mempunyai pelbagai budaya dan kaum. Disebabkan seni dan kebudayaan yang pelbagai, ia dapat melatih orang ramai untuk mempelajari budaya lain dan dapat menyatukan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui sebuah video yang tular baru-baru ini di laman sosial, apabila seorang gadis Melayu menguasai tarian singa telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Gadis Melayu bawakan tarian tradisi masyarakat Cina

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @ahpeng2830, dia menunjukkan rakaman tarian singa yang diadakan di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Persembahan yang ditunjukkan itu menarik perhatiannya dek kerana ia dikendalikan oleh seorang gadis Melayu. Situasi itu membuatkan orang ramai berasa kagum.

Tarian yang dibawanya juga tidak menunjukkan kekurangan. Malah, mendapat pujian dari warganet dek kerana tarian ini bukanlah suatu tarian yang mudah untuk ditunjukkan.

Lihat video lain itu di bawah:

@ahpeng2830

One family father mum son daughter enjoy lion dance

We Are The Champions - Galileo & The Cast Of 'We Will Rock You'

"Memang power. Timing tak lari langsung. We love our Malaysian culture. Keep up the great works" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 2.3M views, 117K likes dan 5,645 comments di TikTok. Rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bukan senang ya nak buat persembahan tarian singa ni. Syabas diucapkan!

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: