seismik

[VIDEO] Mat Luthfi Mencuit Hati Dengan Video 'Buat Kepala' MH370 Khas Untuk Netizen

Memandangkan Malaysia waktu ini sedang dilanda pelbagai isu, maka kemunculan semula Mat Luthfi dilihat cukup sesuai untuk meredakan suasana yang sedang tegang buat seketika.

Cover image via imgur.com

Video Mat Luthfi kali ini memfokuskan kepada sikap masyarakat yang kononnya terlalu arif dan lebih tahu terhadap sesuatu isu

Image via giflike.com

Keseluruhan video ini menyaksikan Mat Luthfi menegur atau dalam erti kata lain menyelar golongan manusia yang berlagak pandai mengenai sesuatu isu walaupun pada hakikatnya pengetahuan mereka cumalah sebesar zarah.

ohbulan.com

Menurut Mat Luthfi, 'Buat Kepala' ialah orang yang tak tahu pasal sesuatu isu tapi dia berlagak macam dia tahu

Image via giflike.com

Bila ada isu agama, dialah pak mufti, dialah tok khatib, dialah imam besaq yang dok bawak keluaq fatwa

Image via giflike.com

"Apa Wahabi? Ada orang kata ana Wahabi? Ana bukan Wahabi… ana wannabe"

Image via giflike.com

Bila ada isu bola, dialah yang paling sembang kencang sekali… kencang daripada bola Ibrahimovic

Image via giflike.com

"Saya pernah mewakili sekolah peringkat daerah saya nampak benda ni daripada atas, daripada overall. Saya tahu David Moyes tak faham. Saya faham."

Image via giflike.com

Bila artis bercerai, dia sembang serupa dia jiran sebelah artis tu

Image via giflike.com

"Mesti salah sorang daripada diorang ni curang, mesti main kayu tiga. Yela kalau tak takkanla berentakkan sampai macam ni."

Image via giflike.com

Bila ada isu kapal terbang hilang, dia dok sembang serupa dia pilot bertauliah yang pernah mendaratkan jet di atas matahari

Mengambil contoh insiden kehilangan pesawat MH370, entah mengapa secara tiba-tiba ramai pula masyarakat yang tidak mempunyai kepakaran khusus di dalam bidang ini tampil mengeluarkan hujah dan teori yang kononnya masuk akal dengan alasan ingin membantu.

ohbulan.com
Image via giflike.com

"Kemudian kebetulan keluarga saya sedang bercuti di pantai ini, keluarga saya nampak kapal terbang tu turun balik ke bawah"

Image via giflike.com

Mat Luthfi turut menerangkan perbezaan antara 'concern' dengan 'buat kepala' serta memberi pesanan bernas mengenai isu MH370

Image via giflike.com

"If we can't help, let's not make it worse"

Pesanan terakhir video 'Buat Kepala'

Image via imgur.com

Saksikan video penuh 'Buat Kepala' DI SINI:

Bercakap Mengenai Kehilangan Pesawat MH370, SAYS Mempunyai Segala Maklumat Dan Cerita Menarik Khas Untuk Anda

You may be interested in: