seismik

[VIDEO] "Malu Gila" - Gadis Selamba Tidur Di Katil Kedai Perabot Bikin Netizen Dekah

Kawan dia dah gelabah dah, takut kena halau!

Cover image via @jerryray63 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, kita sering membuat kerja gila apabila bersama kawan baik bukan?

Ada saja idea yang nak dilakukan sehingga kadang kala sanggup melakukan perkara diluar jangkaan. Tetapi sudah pastinya, momen-momen itu menjadi kenangan manis yang boleh dijadikan bahan lawak pada masa akan datang.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis selamba tidur di katil kedai perabot telah mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jerryray63

ini video tiktok lucu sangat..

original sound - Jerryray - Jerryray

Selamba tidur nyenyak di katil kedai perabot

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakan kepada gadis berkenaan sedang merakam suasana di kedai perabot.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis itu berlakon sedang tidur nyenyak di atas katil yang mempunyai tilam empuk. Bukan itu saja, dia juga dilihat siap berselimut.

Kemudian, rakannya itu cuba untuk mengejutkannya sambil berkata "bangun, malu ni". Gadis tersebut terus bangun dan cepat-cepat mengemas katil sebelum dihalau oleh promoter di situ.

"Ya Allah, ingat betul-betul di rumah" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat gadis itu. Malah, ramai juga yang menyangka dia betul-betul berada di rumahnya. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 383K tontonan, 33K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Crackhead betul lah minah ni, lawak tahap dewa! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: