seismik

[VIDEO] Mak Semangat Lebih Siap Join Berlari Bagi Sokongan Dekat Anak Merentas Desa

Semangat betul!

Cover image via @puanhindonjaini (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Merentas desa merupakan acara tahunan yang wajib disertai oleh semua pelajar sekolah

Setiap kali berlangsungnya acara ini, ia tidak akan lengkap tanpa kemeriahan sokongan oleh ibu bapa dan juga guru-guru. Pelajar yang malas lari pun boleh lari laju bila menerima sokongan yang diberikan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan aksi seorang ibu yang sampai ikut anak berlari sebab nak bagi sokongan telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Mak siap ikut jalan pintas sebab nak kejar anak

Menerusi video yang dikongsi oleh @puanhindonjaini, kelihatan sedang berlangsungnya acara merentas desa di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila seorang wanita dilihat sedang bersungguh-sungguh memberi sokongan sambil merakam anaknya merentas desa.

Lebih menarik, wanita itu siap berlari menggunakan jalan pintas untuk mengejar anaknya semata-mata untuk memberikan sokongan. 

"Siapa tak teruja, anak lari 4x4 pun dekat padang sekolah kita pula yang rasa semput tengoknya. Apa tah lagi macam akak ni siap join lari, kenangan tu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 465.6K views, 13.5K likes serta 1.5K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aik, gaya lari tu nampak macam akak yang terlebih excited ni :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: