[VIDEO] Madammu Dipuji Hadiahkan Lembu Korban Untuk Pembantu Rumah Indonesia
Murah rezeki Madammu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila sebut pasal Aidiladha, ramai orang akan terus terbayang aktiviti korban dan daging diagihkan
Tapi sebenarnya, raya ni jauh lebih daripada itu. Aidiladha adalah salah satu perayaan terbesar umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan ia membawa maksud yang sangat mendalam.
Baru-baru ini, Madammu berkongsi rezeki dengan memberikan lembu korban kepada dua orang pekerjanya yang berasal dari Indonesia.
Beli lembu korban di kampung halaman pekerja
Menerusi video di akaun TikTok @rara_noir.n0035421, kelihatan Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri berkongsi rasa gembira apabila dapat menghadiahkan lembu korban kepada dua pekerjanya yang berasal dari Indonesia.
Difahamkan, lembu tersebut telah dibeli khas untuk dikorbankan di kampung halaman pekerja berkenaan iaitu di Jakarta dan di Bandung.
"Lembu saya beli untuk bibik di Jakarta tu lebih kurang RM5,000 lebih duit Malaysia. Kalau untuk Kak Ria, murah sikit sebab di Bandung," jelas Madammu.
Pekerjanya juga meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih pada Madammu atas kemurahan hatinya itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!