seismik

[VIDEO] "Macam Suami Isteri" - Gelagat Oyen Setia Tunggu Sampai Tuan Tidur Buat Ramai Cair

Last-last dia yang nyenyak tidur ya.

Cover image via @mochi.kochenkoyen (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, Oyen merupakan kucing yang paling banyak buat masalah

Kalau lihat di mana-mana page Facebook kucing, pastinya Oyenlah yang sering menjadi tumpuan ramai dek kerana sifat nakalnya itu.

Tetapi lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat si Oyen mendapat perhatian netizen gara-gara kecomelannya setia menunggu tuannya tidur.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Macam suami isteri, setia jaga dan tunggu dekat tepi sampai tuan tidur

Menerusi video perkongsian daripada Kue Mochi Stoberi, kelihatan kucing oren yang bernama Mochi ketika itu sedang berada di atas katil tuannya.

Tuannya sengaja merakam aksi comel kucingnya itu dan pura-pura tidur untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh si Mochi. 

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila Mochi memerhatikan tuannya untuk memastikan si tuan tidur dulu sebelum ia terlelap di tepi.

"Kenapa kucing aku berbeza dengan kucing dia. I need kucing like that" - Netizen

Video Mochi tular sehingga mendapat 7.M views, 1.3M likes, 13K comments serta 5.9K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati ramai yang cair melihat gelagatnya itu. Malah, mereka berkata jarang kucing Oyen baik sebegitu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai betul dia jaga tuan ya, comel je :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: