seismik

[VIDEO] Loceng Bunyi Masa Suap Nasi, Gelagat Abang Bomba Pergi Kerja Ini Buat Ramai Kagum

Role model yang baik.

Cover image via @amboi__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap profesion mempunyai tanggungjawab masing-masing yang besar

Tidak kisahlah orang itu bekerja sebagai apa pun, sudah pasti ada pengorbanan di sebalik tugas yang digalas. Semua pekerjaan mempunyai cabaran masing-masing. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sebaik saja seorang abang bomba sempat suap nasi, loceng kecemasan sudah berbunyi telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@amboi__

Kerana tugasan abg sanggup tinggal nasi lemak mak bedah. Kalau ramai up video makan dekat dalam kebun, #fyp #viral #foryou #xyzbca #fypviral #ditaja #masukberanda

bunyi asal - amboi ‍ - amboi ‍

Terpaksa berhenti makan demi melaksanakan tugas

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang abang bomba sedang merakam dirinya semasa bersarapan nasi lemak di tempat kerja.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja dia membaca doa dan menyuapkan makanan sebanyak dua suap, loceng kecemasan tiba-tiba berbunyi. Dia terpaksa berhenti makan dan membungkus makanan untuk bergegas memberikan bantuan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@amboi__

Balas kepada @tengkuli_babastylo dah ini kerja kami nak buat macam mana ‍‍‍.. KEPADA ORANG DI LUAR SANA TOLONG HENTIKAN MEMBUAT PEMBAKARAN TERBUKA.. #fyp #foryou #viral #masukberanda #Caltexunstoppablestar #ditaja #xyzbca #WinnerWinnerMoment #bombamalaysia #fypviral #foryoupage

bunyi asal - amboi ‍ - amboi ‍

"Gaya dia doa macam berharap tak ada apa apa kecemasan, sekali..." - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 163K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dan terharu melihat pengorbanan abang bomba. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaik lah bang, semoga Allah balas jasa baik abang. Selamat berkhidmat! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: