seismik

[VIDEO] Letak Popcorn Nak Minta Maaf, Tuan Kereta Ini Terkejut Tengok Kesan Yang Dilanggar

Ni bukan sikit ni.

Cover image via @officialmfbz.97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernah tak anda menerima sepucuk surat atau apa-apa saja selepas kereta anda dilanggar?

Kebiasaannya perkara seperti ini berlaku semasa kita sedang parking atau boleh berlaku di mana-mana saja ketika kita tiada.

Ada yang jujur dengan meletakkan nombor mereka, ada juga yang hanya melepaskan tangan. Pasti pedih rasa hati kalau kereta dah tercalar kan.

Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi insiden selepas keretanya dilanggar oleh seseorang yang telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ingatkan sikit, sekali terkejut tengok kesan yang dilanggar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi di salah sebuah tempat yang tidak diketahui.

Dia menunjukkan pada awalnya terdapat sepucuk surat dan popcorn diletakkan di atas cermin keretanya. Difahamkan, orang itu meletakkan surat tersebut kerana ingin meminta maaf selepas terlanggar keretanya.

"Sorry awak, saya terlanggar kereta awak sikit tadi. Saya belanja popcorn ye. Sorry," tulisnya.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kesan yang dilanggarnya pula tidak seperti yang disangkakan. 

Lelaki itu menunjukkan orang itu telah melanggar keretanya sehingga kemek di bahagian pintu belakang sehingga menyebabkan lampu pun pecah. Situasi itu membuatkan dia terkejut melihat kesan tersebut kerana tidak menyangkanya.

"Ya Allah, terkejut kita. Macam tu dia kata sikit" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Malah, ada yang meluahkan rasa marah kepada orang itu kerana mengatakan itu hanya sedikit kesan langgar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 395.7K views, 20.9K likes dan 1,466 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, sakitnya tengok kesan dia punya langgar tu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: