seismik

"Panik" - Video Lelaki Terkena Mercun Di Badannya Tular Sehingga Buat Ramai Terkejut

Bahaya!

Cover image via @ohbulanofficial (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Tidak dinafikan, memang ramai akan membeli mercun untuk dimain bersama keluarga semasa musim perayaan

Namun, kecuaian sering berlaku semasa bermain mercun terutamanya dalam kalangan budak kecil.  Oleh sebab itu, kerajaan juga telah mengharamkan pembelian mercun yang berbahaya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki terkena mercun jirannya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ohbulanofficial

[AMARAN] Hati-hati lah bila main mercun di kawasan perumahan. Bahaya oi! Dah macam perang. #ohbulan #TikTokOhBulan #fypviral #fyp

Firework - Katy Perry

Terkena tepat di bahagian tubuh gara-gara mercun jiran

Menerusi video berkenaan , kelihatan sebuah keluarga sedang melepak dan bersantai di halaman rumah mereka. 

Namun, tidak lama kemudian kelihatan mercun singgah ke arah tubuh seorang lelaki dan mengeluarkan api. Perkara itu membuatkan semua di situ melompat dan mengelak daripadanya. 

Dia juga kelihatan terkejut dan memberi tindak balas sebaik saja terkena mercun yang dimain oleh jiran rumah depan. 

"Ni dah macam perang, confirm dendam 7 keturunan ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 163K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dengan situasi itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang bahaya guys, lepas ni main jauh-jauh jangan kena orang ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: