seismik

[VIDEO] Lelaki Rakam Dua 'Wanita' Ini Sedang Jual Baju Di Bazar Undang Dekah Ramai

Ingat ke mak cik mana tapi lah dua lelaki rupanya.

Cover image via @ashrffanuar (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila sudah memasuki fasa terakhir Ramadan, sambutan Syawal semakin terasa apabila pelbagai persiapan telah dilakukan dan disediakan

Hari Raya Aidilfitri semakin menjelang tiba menyebabkan ramai yang berkunjung ke pelbagai bazar Ramadan untuk membeli barang-barang keperluan sempena Aidilfitri.

Oleh itu, bazar Ramadan di Jalan Tar telah menjadi tumpuan orang ramai bagi membeli barang-barang persiapan raya.

Namun, lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan suatu kejadian berlaku di bazar tersebut telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ashrffanuar bahaya jalan2 dekat jalan tar sorang2 ni … #svg4lyfe original sound - ashrffanuar

Disapa dua 'wanita' bertudung di kedai baju

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ashrffanuar di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam dirinya berjalan-jalan untuk membeli baju kurung bagi keluarganya di bazar Jalan Tunku Abdul Rahman. 

Dalam video itu dilihat dia telah bertanya soalan kepada dua orang 'wanita' bertudung berkenaan tentang harga baju yang dijual di kedai mereka. 

Yang paling terkejut adalah dua 'wanita' tersebut yang disapa ternyata sebenarnya adalah dua lelaki yang berpakaian seperti wanita di mana seorang berjambang dan seorang lagi memakai kaca mata hitam. 

Lelaki berjambang itu dilihat membalasnya dengan mengatakan "lima puluh" dalam nada yang garau, menyebabkan individu yang merakam video ini lari kerana takut dengan jawapan yang diberikan.

"Haha risau betul lah akak tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 413.8K views, 67.9K likes dan 500 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua orang lelaki berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min pun ikut terkejut tengok mereka ini :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: